BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, July 22, 2009

Baru habis blajar dah ada hutang….???

Ini adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh para geraduan di seluruh Malaysia. Kenapa aku cakap macam tu??? Apa taknya…. Bagi insan2 yang meminjam PTPTN (macam aku), mereka dikehendaki membayar balik pinjaman bernilai RM28,000.00… untuk ijazah,jurusan kejuruteraan yang aku ambil.. nilainya sebanyak itu,tapi berbeza untuk lain2 universiti…itu pown kalau x silap aku lah.. Macam adik aku… dier blajar kat UTP(U. teknologi petronas),pinjaman untuk kejuruteraan selama 5 tahun (termasuk 1 tahun matrikulasi kat sana) sebanyak RM100,000.00….. wow.. banyak tu hehehe tapi takper arr dier yang bayar…. Kalau nak dibandingkan ngan aku nyer jurusan, yang diambil selama 4 tahun RM28,000.00 x 3= RM84,000.00, ini bermakna…. 3org yg mengambil kejuruteraan dekat aku nyer university menyamai (malahan kurang) nilainya dengan kos seorang graduan di UTP… mewah bukan? Patut arr aku tengok adik aku enjoy jer… beli laptop baru… motor baru…. Tapi aku tak kisah sangat,duit dier.. Malam tadi aku saja arr sembang2 ngan aku nyer parent,(sbb nak buka sket minda diorang) aku Tanya kat diorang… kalau takder pinjaman macam PTPTN ngan Petronas… agak2nya boleh tak aku g university? Bapak aku jawab…. “boleh… tapi kena jual @ sewakan tanah sawah padi tu…”.. biler aku dengar ayat tu, aku dah terpikir… beruntunglah aku rupanya, sebab ader pinjaman, kalau takder pinjaman?? Aku nak g blajar pakai duit aper? Segan arr aku nak pakai duit bapak aku.. Aku mula membayangkan… cam ner arr nasib insan2 yg tiada harta untuk “dipajakkan” bagi memenuhi pembiayaan di university sekiranya mereka tidak mendapat pinjaman???? Aku dengan ini secara rasminya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PTPTN yg telah memberi pinjaman kepada aku untuk melanjutkan pelajaran di university.. kalau tak daripada jasa diorang,.. tak tau arr aku nak blajar pakai duit aper…. Walaupown bapak aku sanggup nak sewakan tanah sawahnya… tapi kadang2 pown aku terpikir gak.. dari mana agaknya sumber duit PTPTN ni diperoleh?? Yer ar.. bayangkan… saban tahun,ada sahaja pelajar yg melanjutkan pelajaran di university, besar juga modal PTPTN untuk member pinjaman, dari mana agaknya duit itu didapati?? Secara halal @ haram?? Tetapi aku berfikiran positif @ bersangka baik,dengan beranggapan ianya diperoleh dari sumber yg halal… supaya para graduan yg dihasilkan betul2 berkualiti.. insya allah… Kepada adik2 yang baru masuk U…. gunakan segala duit pinjaman untuk keperluan,kalau nak enjoy sikit2 tu boleh… tapi jangan sampai keterlaluan pulak…aku paham, aku pown pernah jadi student gak.. Anyway ,sekali lagi aku ucapkan terima kasih dengan pihak PTPTN kerana member pinjaman… dan aku berharap mereka akan bekerja dengan lebih efisyen dengan menemui @ turun padang berjumpa sendiri dengan para pelajar… bertanya sendiri tentang masalah yg masih dihadapi mengenai PTPTN… sekian.. wassalam