BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Saturday, October 3, 2009

Kentut yang xleh tahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup. Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji. Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya. Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega. Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya. Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!" Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi. Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!" Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi. Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api. Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!

Wednesday, September 30, 2009

Tips Temuduga – Jawatan Baru

artikel ini diambil dari: http://iklanmalaysia.wordpress.com/category/tips-temuduga-jawatan-baru/ Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda : 1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan 2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga 3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga 4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda 5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal 6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #1 1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. 2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian. 3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah. 4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu. 5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. 6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu 7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga. 8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar 9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel 10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya 11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya. 12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #2 1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. 2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya. 3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya. 4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. 5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu. 6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. 7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu. 8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya. 9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu. 10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya. 11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. 12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Tuesday, September 29, 2009

persahabatan....

sahabat???? apa itu sebenarnya erti sahabat... kawan?? teman?? rakan??? taulan.... adakah sama dengan sahabat??? bukan senang hendak memperoleh sahabat di zaman metropolitan kini... tatkala kita menangis, ketawa, sepi.... gulana,??? sahabatlah yg menjadi teman aku membuat coretan ini.. tatkala diriku amat menyanjungi sahabat2ku, entah kenapa diriku amat memikirkan tentang mereka... rindu mungkin.... tatkala kita ketawa... ramai yg menghampiri, akan tetapi??? tatkala kita berduka???? siapakah disamping kita??? jika ada seseorang yg menemani kita dikala kita dalam kemurungan dan kesusahan... maka... cepat2lah hargai mereka, sebab mereka adalah sahabat yang sangat setia. tanpa sahabat, sipalah kita sebenarnya... tidak lengkap hidup ini jika kita tiada sahabat... oleh itu.. aku menyeru kepada insan yang membaca blog ini... agar menghargai sahabat anda...

FACEBOOK SALAH SATU SENJATA ISRAEL???

Fenomena facebook begitu gempar di Indonesia ,sampai-sampai ada facebook dalam bahasa indonesia . Saya heran bukan main, satu per satu teman saya mendaftar di facebook. Tidak heran kalau di tahun 2008 facebook meraup keuntungan 300 juta dollar amerika karena lebih dari 140 juta user aktif di seluruh dunia dan 8,5 juta foto dimuat tiap harinya. Bagi yang belum tahu apa itu facebook bisa baca artikel ini. Facebook memberikan banyak kemudahan bagi kita, dari mulai menjalin relasi sampai cari uang dari facebook, baca juga artikel ini dan artikel ini. Tapi keuntungan yang sebanyak itu digunakan untuk membiayai perang di Gaza . Benarkah? Awalnya saya juga tidak sengaja reseach tentang facebook. Dari awal saya sangat tidak setuju dengan adanya agresi Israel di Gaza. Untuk membantu warga Gaza , saya hanya bisa berdoa dan berniat untuk memboikot produk-produk Israel . Dari artikel yang saya publish beberapa waktu lalu tentang pemboikotan produk-produk Amerika, ada komentar yang mengatakan bahwa facebook dan wordpress adalah milik amerika dan menyarankan untuk tidak memakainya lagi. Dari sini awal mulanya saya melakukan research tentang facebook dan wordpress. Fakta - fakta : 1. Facebook adalah milik Mark Zuckerberg, jika kita membaca artikel Mark Zuckerberg dalam bahasa indonesia tidak diketahui secara lengkap siapakah dia. Kalau kita membaca artikel tentang Mark Zuckerberg dalam bahasa inggris terdapat lengkap data diri si pembuat facebook ini. 2. Siapakah sebenarnya si pendiri sekaligus CEO facebook ini? Dia adalah mahasiswa harvard university dan aktif sebagai anggota Alpha Epsilon Pi. What is Alpha Epsilon Pi? baca artikel ini. 3. Alpha Epsilon Pi adalah seperti perkumpulan mahasiswa yahudi diamerika utara, yang mempunyai misi sebagai berikut, Alpha Epsilon Pi, the Jewish Fraternity of North America, was founded college and fraternity experience. We have maintained the integrity of our purpose by strengthening our ties to the Jewish community and serving as a link between high school and career. Alpha Epsilon Pi develops leadership for the North American Jewish community to provide opportunities for Jewish men seeking the best possible at a critical time in a young man’s life. Alpha Epsilon Pi’s role is to encourage the Jewish student to remain dedicated to Jewish ideals, values, and ethics and to prepare the student to be one of tomorrow’s leaders so that he may help himself, his family, hi community, and his people. Yang intinya adalah sebagai tempat pengkaderan dan tempat mencari pemimpin baru bagi kaumnya, yaitu Yahudi. 4. Fakta ke-empat sampai artikel ini ditulis serangan Israel di Gaza telah menewaskan lebih dari 600 palestinians. 5. Facebook mendapatkan keuntungan dari iklan yang dipasang, semakin banyak user dan pengunjung facebook senakin banyak pula penghasilnya. Saya cuma minta buat teman2 untuk membantu perjuangan bangsa Palestina, perumpamaan seorang muslim dengan muslim lainnya itu bagaikan satu tubuh. Jika tubuh yang satu merasa sakit, maka yang lain juga seharusnya merasakan. Tapi kenyataannya, di saat saudara saudara kita di Palestina di tembaki saat sholat, kita malah tidak tau dan asyik mengotak atik facebook kita dengan dalih ingin mencari teman baru. Naudzubillahimindzalik,, begitu besar tipu daya Yahudi.

lalala kerja....

Dah seminggu gak arr aku kerja kat FLEXTRONIC (M) ni,rasa macam best pown ada gak arr bila kerja kat sini, baru2 ni,… aku kena buat kerja kat FIXTURE room, aku kena kemas bilik tu…. Aku ngan beberapa org lagi, kena buat benda tu. Nak kemas kat situ punyalah penat, lagi2 bulan puasa.. dugaannya cukup tinggi, rasa macam nak minum jer masa tu… tapi nasib baiklah iman kami masih tinggi, hehehehe Kat dalam bilik tu ada macam2 benda, boleh dikatakan macam bilik stor gak arr,…. Segala peralatan dan komponen ada kat dalam bilik tu…tugas kitorang skarang ni, kena asingkan benda yang boleh dipakai nagn benda yang tak boleh dipakai… kitorang ni maner arr tau benda maner yang boleh dan tak boleh dipakai,nasib baiklah ader sorang mamt ni, dah lama kerja kat sini… soo.., dia arr yang tunjukkan maner yang boleh dan maner yang tak boleh.. Peralatan yang masih boleh dipakai, kitorang amik datanya, nombor siri dan condition alat tu… kalau dah tak boleh pakai.. kitorang antar “scrap”jer….kira buang dalam tong sampah arr... biasanya jual.. jadikan besi buruk,.. hehehe Kerja ni agak letih tapi best, sbb banyak kawan2.. pastu enjoy2, borak2.. borak2 kitorang pown.... tangan still jalan buat kerja gak... Banyak gak pengalaman yg aku dapat maser buat kerja ni.. yang penting.. kita enjoy.. hehehhe