BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, March 21, 2012

biskut itu yang aku cari...

semalam... aku bukak tin biskut aku, macam2 biskut ada dalam tin tu... tapi.. hanya 1 jenis biskut yang aku teringin nak makan. kalau dalam kelompok biskut2 dalam tin ni, biskut tu ar yang paling terpinggir. sbelum ni... macam biasa,biskut tu aku mkan dlu, dengan harapan... aku leh makan biskut yang sedap2 d kemudian hari.... tapi.. malam tu, aku teringin giler nak makan biskut tu... tapi malangnya.... dah xda, aku teringin sangat2 n perlukannya.... puas aku geledah... tapi kenyataannya...ia sudah tiada..

terpikir aku sejenak.... kenapa kita kadangkala kehilangan sesuatu yg kita perlukan, d waktu ianya benar2 perlu hadir.... pernahkah kita berhadapan dengan situasi d mana kita jumpa sesuatu yg menarik dan  baru untuk d beli, tetapi sebenarnya... kita sedang mencari barang yang lama, yg susah untuk d temui..

itulah idup..... kadangkala kita sukar berjumpa dengan barang dan insan tatkala kita amat2 memerlukannya.. akhir kata, hargailah apa yang anda ada, kerana... 1 hari nanti, kita akan benar2 memerlukannya... wassalam

Tuesday, December 6, 2011

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

Monday, November 21, 2011

GEMA LAGU NEGARAKU DI GELORA BUNG KARNO....


SKUAD KEBANGGAAN MALAYSIA


  Berdebar rasa hati ini tatkala menyaksikan perlawanan akhir bola sepak sukan sea 2o11, apa tidaknya... banyak asakan tuan rumh ke gawang malaysia. tahniah aku ucpkan kpd panjaga gol dan pertahann malaysia yang beraksi cemerlang malam ni.

lepas gol pertama indonesia aku dh cuak. apa x nyer.....x sampai 1o minit dah ada gol.... pergh.... tuhan jer yang taw,xslera nak makan wlaupon order dah sampai. nasib baik ong kim swee ada, kalau xda mungkin agak celaru skuad B23 malaysia.

x dinafikan... malaysia ada banyak peluang yg terhidang. tp x da rezeki he5. penguasaan agak kurang,tp bila dah dpt bola,kita x sia2kan. tahniah semua. indon pon boleh tahan gak. tp pertahanan kita lg mantap

 bila malaysia dapat gol penyamaan... aku dapat rasakan, penamat akan lebih panjang. ape xnyer.... masing2 saling berbalas. shoot malaysia banyak... tapi kurang dari segi finishing,harap2 jurulatih dapat mengatasinya.

bila dah 1.5 jam masa beraksi,lagi ar aku cuak, sebab penalti akan diadakan. paham2 je ar,kalau penalti ni... kemenangan tipis 5o-5o,kalau x kena tiang,sepakan tersasar,kalau xpon keeper yg dpt tangkap.

tahniah ketua pasukan B23 yg menyempurnakan kemenangan bergaya malaysia. aku komfem mesti media indon bg banyak alasan yg kemenangan kita adalah nasib. kalau x caya... tengok jer ar berita pagi nanti, nanti aku akan coret n paparkan komen media diorang esok...

apa2 pon, tahniah malaysia sebab menghargai pengorbanan rakyat malaysia. harap menteri pemuda dan olahraga malaysia ( menteri belia dan sukan) dapat memikirkn strategi utk memantapkan sukan untuk belia d malaysia. ini adalah petanda kebangkitan bola sepak n sukan d malaysia. tapi... takraw perlu lagi d titik beratkan. banyak yg perlu d perbaiki. lagi2 org atas diorang. tolong ar sket erk.... takraw ni dari malaysia,xkan kita xleh nak dominasi sukan ni??? xkan nak kalah ngan team yg cikai2??? xmalu ker...
hari tu kata nak undur kalau team kita kalah??? masa nak undur.. ada lak yg halang,ceh.... politik jer tu,macam ar aku xpaham. kalau president undur pon,mesti yg galas tanggungjawab yg baru akan terbeban,sebab tu xbg turun,... diorang cuak nak galas tanggungjawab he5

anyway... see u 2morrow ....sape2 yg terasa,harap maklum,berkorbanlah demi memartabatkan sukan negara kita.

Monday, November 14, 2011

Nasi Goreng Cepat

fuh....
 dah lama giler aku tak luahkan rasa hati dalam blog aku ni....
panjang riwayat hidup aku semenjak aku menyepi ni..
but.. anyway... tinggalkan riwayat tu,aku nak share ngan pembaca....

aku baru pindah umah,sebab umah yg aku sewa sbelum ni anak tuan umah nak duduk,so... aku mengalah ar
nak wat mcm ner... dah hasrat tuan umah, takkan aku nak halang, btul x?? he5

ini ada 1 crita nak share, kelmarin..... sbtu 12/11/2o11 aku ngan housemate,merangkum rakan sekerja,g kedai makan kat ngan area umah aku .... putra perdana

kedai tu kedai org siam patani masak,memang dah tau kedai tu lambat masak,tp malas nk g jauh2,kedai favourite kitorang tutup,cuti raya haji kot,mungkin balik siam... he5 tp masakan kedai tu sedap, sayangnyer....
tutup ....

aku layan jer ar kedai lambat ni..... duduk2 jer..nak ambik order lambat, ikutkan hati,nak blah jer,tp lapar n malas nyer pasal,aku stay...

tengah duk layan info sukan kat Buletin Utama,ada pakcik n bini dier duduk sbelah,kesian gak ar,nasib diorang sama,xdilayan trus oleh waiter ,kena ar panggil,baru nak ambik order,kalau nak compare ngan kedai mamak,pantang org baru duduk,trus ambik order,aku respek ngan layanan kedai mamak..

kite ber sambung,....
duk layan kopi panas aku... nak dekat stengah, nasi xsampai2 lg,air member aku dah abis dah,kesian kat dier.
sembang nyer sembang ngan member aku, aku bg cadangan,naper x d buatnya menu yg biasa customer order,wat banyak skali, contohnyer... nasi goreng biasa.. wat ar banyak2,kalau order nasi goreng ayam,panaskan jer ar nasi tu.. tambah ngan ayam goreng,kalau nak daging,tambah jer daging, nak telur, tambah jer telur,susah aper??

kuah tomyam pon.. wat ar skali banyak,kalau nak kuey tiaw,tambah kuey tiaw,kalau nak bihun,tambah jer bihun, kan ker ceepat mcm tu... customer yg g kedai makan ni ..lapar2 semua,kalau org lapar ni... mudah naik angin

jadi..... pemilik2 restoren yg ada baca blog aku ni... pandai2 ar wat servis bg laju erk.. sekian.... wassalam

Wednesday, June 16, 2010


tengah bosan2,tgk TAGGED.com aku jumpa ayat2 ni.. ni yg aku nak share ngan semua pembaca

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

Saturday, March 6, 2010

hujung minggu yang puas...


pergh.... puas siot hari ni.... aku cuti, dan bermalas2an kat umah sewaku yang tercinta... hehehhehe
bangun jer pagi2, aku turun g buang air,passtu aku jengok rakan2 kat bilik diorang....hampa, masih berdengkur lagi rupanya, aku tengok jam,waaaa.... baru pkul 7.30....awal lagi, aku terus sambung baring atas tilam bujangku...

terkedip2, tak tau nak buat aper, last2 aku layan movie cerita  FOUR BROTHERS, layan gak arr criter ni, aku d.load hari tu, tapi tak tengok2 pown.  malas nak tengok awal2, tak feel.. hehhee ....habis jer tgk movie, aku layan internet, main FB pastu bacer news, erm.... takder aper pown berita yang menarik kat malaysia ni, semua benda2 lapok. takder sangat isyu2 yang best...

dok asyik aku main internet, ader sorang mamat ni bagi msj kat aku nyer henset "wei mal, jom makan..."
pergh, malas betul aku nak kluar g makan, baru pkul 1tgh hari, aku tak mandi lagi.... nak basuh baju lagi... arggghhhh...... aku abaikan msj tu, sengal btul arr.... tak nak ajak aku makan awal2... padahal dier ader jer kat bawah tu, yg bagi msj tu rupanya mamat sorang ni, dier lepak umah aku ujung2 minggu.... sbb kat umah dier.... bosan.. takder org, biasa arr... ujung minggu, balik umah, aku nai jenis malas nak layan org macam ni... lagi2 aku tgh cuti.... jarang arr aku dapat cuti lepak2 ujung minggu mcm ni, bermalas2an...

aku buat donno jer ngan msj dier, aku terus main internet,dah lama pastu, aku pown turun nak mandi+ basuh baju,pastu buat muka xbersalah.... "mal... hang dapat msj aku x???" aku senyap jer.. hehhehe padan muker dier,lepas abis basuh baju,mandi.. pastu aku pown makan arr ngan mamat yg bg msj kat aku td... abis jer makan, elok jer aku tgh lepak2 tgk cerita hindustan "BLUFFMAN" member aku yg naik vios balik umah, bawak kawan dier, kwn dier ni nak g DANOK malam ni....nak ajak member2 yang lain,pergh... sembang taknak kalah... semua sembang pasal gaji masing2,sembang tentang rakan2 beliau yang lain,dah ada kereta arr.. tukar kreta arr.. macam2 lagi.... meluat aku dengar.... dlam hati aku, xper... nanti korang tengok arr.... aku dah bukak bisness nanti, untung ratus2 ribu... gaji 5k bulan2.... aku nak gak tunjuk kat korang.... sabar jer arr....

bosan sangat aku dengar criter diorang.. last2, aku naik atas... tulis blog ni.... hehhehe.. lagi pown dah lama aku tak tulis blog.. agak kekok gak nak menulis...it's ok.... life must go on...just in the right way...

Friday, October 23, 2009

aku minat ngan lirik lagu ni... penuh dengan sindiran,terutama sekali..aku... yang dilahirkan sebagai MELAYU..

hayati lirik lagu ni...
cuba korang fahami apa yang terselit kat lagu pak pandir ni...


Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

Wednesday, October 21, 2009

akan bermulanya suatu perjalanan...


tenang.. relaks... tapi berdebar...
selasa hadapan 27-28/10/2009, aku akan berada di Hotel Holiday Villa, Alor Setar, untuk program tunas mekar
29/10/2009 pulak.. aku kat hotel putra palace ,kangar...
tak sabar rasanya aku, benda yang aku tunggu2 selama ini.. walaupown banyak dugaan yang aku tempuhi

sempat lagi aku booking mmber aku nyer beg,sebab nak pegi a.staq..
pinjam awal.. tapi tak kemas2 barang lagi...sebab.... lambat lagi...
hehehe

erm., nampaknya aku kena study sket pasal program ni,tak banyak sangat info yg diperoleh

Thursday, October 15, 2009

Ramai yang sudah hebat.......



aku berbangga dengan apa yang aku terapkan kepada rakan2ku dan akhirnya..... aku berjaya... aku telah dengan sukarnya mempengaruhi mereka untuk bermain Rubix cube.. dan usaha aku tidak sia2,berikut adalah pencapaian pemain2 Rubix cube:

1) azhar @ mat joe: org pertama yang aku ajarkan kat unimap ni,berjaya membuatnya lebih kurang 4 hari,lebih maju berbanding aku (aku buat lebih kurang seminggu, sebb aku blajar dari video,hehehhee)

2) shah : orang ke-2 dalam rumah ni yang  berjaya membuat rubix cube. mula2 dier try main, pastu bosan.. dia giveup sekejap... bebehari kemudian, dia teringin balik nak try slove rubix, pastu dia dapat sattlekan 1st layer, sejak daripada kejadian tu.. dier terus nak try solve sendiri.... dengan usaha yang gigih,dier tak tidor sampai pagi sebab duk buat benda alah ni... akhirnya berjaya.... total hari yang dier benar2 belajar: 3 hari



3) wendy (merangkap awek aku..hehhee): dah lama nak buat benda ni... sebab hari tu dier nampak aku solve rubix depan dier... kagum dier ngan aku,hehhehe pastu dier pown teringin nak belajar main rubix, dengan menggunakan rumus yang diberikan,dan juga tunjuk ajar daripada aku... akhirnya .. dier dapat solve rubix tu dalam masa lebih kurang 2 hari.....

4) zafri @ don zaff : jiran sebelah umah, dier tengok umah aku dah ramai yang pandai bermain rubix, dier rasa jelous.. teringin gak nak main macam kitorang sebab dier ni jenis yang suka challenging game, sama gak arr macam aku,hehehhee....... dier blajar solve rubix daripada shah, shah banyak gak ajar dier cam ner nak buat.. tapi kadang2 aku pown ader gak ajar dier kalau dier mintak ajar daripada aku.... ilmu tak leh kedekut... betul x??? dier dapat solve rubix dalam masa lebih kurang  3 hari...

ops.... ada sorang lagi... nama dier cepet...: tengah dalam proses mendalami ilmu permainan ni...


tahniah aku ucapkan kepada mereka yang telah berjaya mempelajari bagaimana nak solve rubix, aku harapkan.. ilmu ni akan diperkembangkan....














pukul 11 lebih pagi tadi....(khamis 15/10/2009) aku telah menerima panggilan telefon, sedang aku asyik bermain komputer....

apa yang aku tunggu selama lebih seminggu lebih akhirnya berlaku.. pihak UiTM arau,perlis telah memberitahuku yang aku telah berjaya menyertai program tunas mekar anjuran mereka.... sebenarny aku risau aku tak dapat offer ni sebab aku dah tolak training kat FLEXTRONICS ,tanjung pelepas... kalau aku tak dapat join tunas mekar ini bermakna.. aku takder JOB...

aku bersyukur kepada tuhan.. akhirnya aku berjaya, aku mohon semua para pembaca mendoakan kejayaan aku sebagai seorang usahawan melayu yang berjaya.. Insyaallah....



Tuesday, October 6, 2009


 jinbara-patri
 
 Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya engkau memetik jari jemari 
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka 
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya 
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti 
mengikut apa saja hukuman 

Andai diri ini taman tasik 
sang kirana pula jiwa raganya 
engkau menjaring dengan senyuman 
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani 
pasti ada kemahuannya 

Kerna aku terpanah arjuna 
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan 
aku rela terpatri cinta suci 
aku rela ditawanan 
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

kenapa yahudi bijak??

ada sesetengah pendapat memberitahu bahawa mereka tidaklah berapa bijak, tetapi yahudi sendiri mengecohkan dunia dan mempromosikan bahaya mereka "bijak", dengan penguasaan media, mereka boleh berbuat demikian... sehingga seluruh dunia mengiakan bahawa mereka bijak... wallah hua'alam... ikuti artikel ini,mungkin ini adalah satu propaganda daripada mereka....: Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah……tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Dr. Stephen Carr Leon, California

Sunday, October 4, 2009

( L ) Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Yang aku tinggalkan

( P ) ( 1 ) Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih aduh sayang
Lambang percintaan

( L ) Hai kencana dewi kasih yang kurindu
Kukenang selalu

( P ) Sayang semoga tak kan layu
Cinta yang sejati kekal dan abadi

( L ) Hai cendana dewi kau tetap kukenang
Janganlah kau bimbang

( P ) Sayang kau tetap kan pulang
Di sisiku sayang membawa harapan ( ulang 1 berduet )

Saturday, October 3, 2009

Kentut yang xleh tahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup. Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji. Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya. Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega. Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya. Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!" Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi. Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!" Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi. Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api. Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!

Wednesday, September 30, 2009

Tips Temuduga – Jawatan Baru

artikel ini diambil dari: http://iklanmalaysia.wordpress.com/category/tips-temuduga-jawatan-baru/ Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda : 1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan 2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga 3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga 4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda 5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal 6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #1 1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. 2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian. 3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah. 4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu. 5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. 6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu 7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga. 8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar 9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel 10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya 11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya. 12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #2 1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. 2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya. 3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya. 4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. 5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu. 6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. 7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu. 8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya. 9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu. 10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya. 11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. 12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Tuesday, September 29, 2009

persahabatan....

sahabat???? apa itu sebenarnya erti sahabat... kawan?? teman?? rakan??? taulan.... adakah sama dengan sahabat??? bukan senang hendak memperoleh sahabat di zaman metropolitan kini... tatkala kita menangis, ketawa, sepi.... gulana,??? sahabatlah yg menjadi teman aku membuat coretan ini.. tatkala diriku amat menyanjungi sahabat2ku, entah kenapa diriku amat memikirkan tentang mereka... rindu mungkin.... tatkala kita ketawa... ramai yg menghampiri, akan tetapi??? tatkala kita berduka???? siapakah disamping kita??? jika ada seseorang yg menemani kita dikala kita dalam kemurungan dan kesusahan... maka... cepat2lah hargai mereka, sebab mereka adalah sahabat yang sangat setia. tanpa sahabat, sipalah kita sebenarnya... tidak lengkap hidup ini jika kita tiada sahabat... oleh itu.. aku menyeru kepada insan yang membaca blog ini... agar menghargai sahabat anda...

FACEBOOK SALAH SATU SENJATA ISRAEL???

Fenomena facebook begitu gempar di Indonesia ,sampai-sampai ada facebook dalam bahasa indonesia . Saya heran bukan main, satu per satu teman saya mendaftar di facebook. Tidak heran kalau di tahun 2008 facebook meraup keuntungan 300 juta dollar amerika karena lebih dari 140 juta user aktif di seluruh dunia dan 8,5 juta foto dimuat tiap harinya. Bagi yang belum tahu apa itu facebook bisa baca artikel ini. Facebook memberikan banyak kemudahan bagi kita, dari mulai menjalin relasi sampai cari uang dari facebook, baca juga artikel ini dan artikel ini. Tapi keuntungan yang sebanyak itu digunakan untuk membiayai perang di Gaza . Benarkah? Awalnya saya juga tidak sengaja reseach tentang facebook. Dari awal saya sangat tidak setuju dengan adanya agresi Israel di Gaza. Untuk membantu warga Gaza , saya hanya bisa berdoa dan berniat untuk memboikot produk-produk Israel . Dari artikel yang saya publish beberapa waktu lalu tentang pemboikotan produk-produk Amerika, ada komentar yang mengatakan bahwa facebook dan wordpress adalah milik amerika dan menyarankan untuk tidak memakainya lagi. Dari sini awal mulanya saya melakukan research tentang facebook dan wordpress. Fakta - fakta : 1. Facebook adalah milik Mark Zuckerberg, jika kita membaca artikel Mark Zuckerberg dalam bahasa indonesia tidak diketahui secara lengkap siapakah dia. Kalau kita membaca artikel tentang Mark Zuckerberg dalam bahasa inggris terdapat lengkap data diri si pembuat facebook ini. 2. Siapakah sebenarnya si pendiri sekaligus CEO facebook ini? Dia adalah mahasiswa harvard university dan aktif sebagai anggota Alpha Epsilon Pi. What is Alpha Epsilon Pi? baca artikel ini. 3. Alpha Epsilon Pi adalah seperti perkumpulan mahasiswa yahudi diamerika utara, yang mempunyai misi sebagai berikut, Alpha Epsilon Pi, the Jewish Fraternity of North America, was founded college and fraternity experience. We have maintained the integrity of our purpose by strengthening our ties to the Jewish community and serving as a link between high school and career. Alpha Epsilon Pi develops leadership for the North American Jewish community to provide opportunities for Jewish men seeking the best possible at a critical time in a young man’s life. Alpha Epsilon Pi’s role is to encourage the Jewish student to remain dedicated to Jewish ideals, values, and ethics and to prepare the student to be one of tomorrow’s leaders so that he may help himself, his family, hi community, and his people. Yang intinya adalah sebagai tempat pengkaderan dan tempat mencari pemimpin baru bagi kaumnya, yaitu Yahudi. 4. Fakta ke-empat sampai artikel ini ditulis serangan Israel di Gaza telah menewaskan lebih dari 600 palestinians. 5. Facebook mendapatkan keuntungan dari iklan yang dipasang, semakin banyak user dan pengunjung facebook senakin banyak pula penghasilnya. Saya cuma minta buat teman2 untuk membantu perjuangan bangsa Palestina, perumpamaan seorang muslim dengan muslim lainnya itu bagaikan satu tubuh. Jika tubuh yang satu merasa sakit, maka yang lain juga seharusnya merasakan. Tapi kenyataannya, di saat saudara saudara kita di Palestina di tembaki saat sholat, kita malah tidak tau dan asyik mengotak atik facebook kita dengan dalih ingin mencari teman baru. Naudzubillahimindzalik,, begitu besar tipu daya Yahudi.

lalala kerja....

Dah seminggu gak arr aku kerja kat FLEXTRONIC (M) ni,rasa macam best pown ada gak arr bila kerja kat sini, baru2 ni,… aku kena buat kerja kat FIXTURE room, aku kena kemas bilik tu…. Aku ngan beberapa org lagi, kena buat benda tu. Nak kemas kat situ punyalah penat, lagi2 bulan puasa.. dugaannya cukup tinggi, rasa macam nak minum jer masa tu… tapi nasib baiklah iman kami masih tinggi, hehehehe Kat dalam bilik tu ada macam2 benda, boleh dikatakan macam bilik stor gak arr,…. Segala peralatan dan komponen ada kat dalam bilik tu…tugas kitorang skarang ni, kena asingkan benda yang boleh dipakai nagn benda yang tak boleh dipakai… kitorang ni maner arr tau benda maner yang boleh dan tak boleh dipakai,nasib baiklah ader sorang mamt ni, dah lama kerja kat sini… soo.., dia arr yang tunjukkan maner yang boleh dan maner yang tak boleh.. Peralatan yang masih boleh dipakai, kitorang amik datanya, nombor siri dan condition alat tu… kalau dah tak boleh pakai.. kitorang antar “scrap”jer….kira buang dalam tong sampah arr... biasanya jual.. jadikan besi buruk,.. hehehe Kerja ni agak letih tapi best, sbb banyak kawan2.. pastu enjoy2, borak2.. borak2 kitorang pown.... tangan still jalan buat kerja gak... Banyak gak pengalaman yg aku dapat maser buat kerja ni.. yang penting.. kita enjoy.. hehehhe

Tuesday, September 22, 2009

slip gaji pertama....

Pergh… gembira tak terkata, sebab aku baru first time dapat slip gaji, maklumlah… sebelum ni aku tak pernah kerja…. Dapat slip gaji ni pown dah cukup bangga. Tapi bila tengok nilai dalam slip gaji tu…. Sedey gak arr, RM70 jer,ni pown sebab aku baru bebehari kerja… kalau tak silap aku, baru 4 hari bekerja,kira ok gak arr tu,…. First day kerja kat FLEXTRONIC (M) ni memang tention gak arr, aper taknyer…. Mental down gak arr aku kerja kat sini, asyik2 kena buat benda yang sama iaitu..: cycle time, kerja tu senang jer, amik masa untuk setiap perilaku operator kilang, lepas tu.. key in data…. Walaupown kerja tu senang , tapi aku rasa.. sangat bosan,otak aku macam tak berkembang, tak ader kemajuan langsung…rasa macam nak tukar department jer… hehehhe, member2 ok gak arr.. dapat kat maintenance department, macam2 leh blajar, lagi2 pasal solving problem… aku minat sangat kalau bab2 solving problem ni…. Aku cukup suka kalau kita dapat menyelesaikan masalah, contohnya… kita dapat repair barang yang selama ini takder org yg pandai baiki.. mesti bangga giler, hehehehe Tapi sekarang ni.. aku bersyukur… akhirnya aku dapat membiasakan diri dengan situasi pekerjaan yang aku alami sekarang…ramai gak arr kenalan yang aku peroleh….macam2 ragam aku dapat.. hehehhe… Oklah… sambung cerita lain kali.. kalau ada sebarang komen.. aku amat meng alu2 kan, Sekian.. wassalam….

Thursday, August 13, 2009

khamis yang agak serabut

fuh... lega gak akhirnya.... serabut betul tadi, jenuh beratur.. nak amik jubah untuk konvo,ramai siot, apa tak nya.,,, semua amik jubah petang tadi, aku ingatkan tak ramai orang sebab cuaca agak panas, rupa2nya sangkaan aku meleset.... but anyway.... dapat gak aku amik jubah... skarang ni OTW nak g dewan 2020, ada raptai untuk konvo.... k aku cau dulu

Tuesday, August 11, 2009

konvo oh konvo.......!!

assalamualaikum semua.. dah lama gak aku tak menulis blog. bukannya aper , aku tak der benda yang nak di kongsikan, tapi skarang baru ader.... hehehhee 15 ogos ni... aku akan menerima segulung ijazah kat UNiMAP,wow..... akhirnya aku berjaya juga mendapat segulung kertas !!! pergh.... penat2 blajar 4 tahun... hnya untuk mendapatkan segulung kertas... hehehhe, jangan marah,........... banyak benda aku nak buat kat sana masa konvo nanti, nak cari kerja, maner arr tau.. kalau2 ader member2 yang ader kerja kosong kat tempat dier... leh aku joint.. heehehehe pastu aku nak jumper ngan budak2 thailand, aku dengar kata , diorang nak datang perlis.. nak tengok kitorang konvo... pergh... best siot.... ramai awek2 cute, meleleh siot kalau korang nampak... hehhehee erm... pastu aku planning nak kluar jalan2 ngan awek aku.... hehhehehe, sambil menyelam minum air, amoi dari sarawak.... hahahha k arr... nanti aper2 hal aku update kat blog ni.... da... wassalam....

Thursday, July 30, 2009

Teringat kat sekolah lama….MRSM kuala kubu bharu

Semalam(rabu).. aku dapat call daripada ingress technology, diorang suruh aku dating interview hari jumaat ni,pkul 9 pagi…. Punyalah seronok aku…. Tak tau nak kata… hehehehe,walau pown jauh sket, aku tak kisah,lepas dapat call tu… aku terus mandi,start moto pastu mak aku ingatkan aku, dier suruh antar adik aku g ko-kurikulum kat sekolah kebangsaan dier, so.. aku amik adik aku dari sekolah agama, pastu antar g sekolah kebangsaan…. Lepas antar adik aku, aku terus g bukit beruntung,area rawang gak arr… sesat gak arr aku cari tempat interview tu, aku ni jenis suka survey tempat dulu, sebelum hari kejadian, aku taknak lak sesat maser g sana… maklumlah, aku nak mintak kerja.. bukan nak main2, hehehehe, lebih kurang setengah jam… barulah aku dapat cari tempat tu,jauh gak rupanya… tapi aku tak kisah,segan gak arr sebabdah lama duduk umah… x der kerja,bukan tak nak, tapi malas sket… Lepas aku survey tempat aku g sembahyang asar jap,lepas selesai menunaikan solat kat surau kecik, tapi dijaga dengan baik(ni yg aku suka,daripada..masjid ygbesar tapi x terjaga…).. aku terus berfikir, nak pegi mana pulak lepas ni???maklumlah dah agak lama tak merayau, akhirnya aku dapat idea,aku nak g sekolah menengah aku…. MRSM kuala kubu bharu,sebelum tu.. aku g pasar malam,sebab aku tengah hari tadi langsung tak makan.. lapar gak arr…. Pastu terlampau exited sampai tak makan… hehehehe Setengah jam gak arr aku cari sekolah lama aku…. Maklumlah,.. lama dah tak pegi… last sekali aku g maser amik result SPM, lepas tu.. aku dah tak jejakkan kaki kat sana,….aku tak masuk pown sekolah aku.. aku just tengok keadaan sekolah aku dari luar pagar,rasa sebak pown ader,maser aku hirup udara kat situ…. Teringat aku dengan pengalaman2 aku kat sekolah tu….,teringat kawan2,cikgu… pastu macam2 lagi arr,lebih kurang 5 minit, aku pown chow…aku takut kalau lama2 sangat kat sana nanti nangis lak aku,hahahaha Maser aku on the way balik, aku tersengih sorang2.. maklumlah…. Teringat pengalaman pahit dan manis kat MRSM KKB. Entah kat maner ntah aku nyer member2.. kalau ader sesiapa yg baca artikel ni, pastu pernah sekolah kat MRSM KKB,contect aku erk,aku rindu sangat nak jumper ngan korang…. Anyway…. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat cikgu2 kat MRSM KKB sebab dah banyak didik aku sampai aku boleh masuk Universiti, walaupown aku x pandai sangat macam budak2 lain, tapi aku rasa bersyukur dengan diri aku sekarang… Terima kasih cikgu….. Sekian .. wassalam

Wednesday, July 22, 2009

Baru habis blajar dah ada hutang….???

Ini adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh para geraduan di seluruh Malaysia. Kenapa aku cakap macam tu??? Apa taknya…. Bagi insan2 yang meminjam PTPTN (macam aku), mereka dikehendaki membayar balik pinjaman bernilai RM28,000.00… untuk ijazah,jurusan kejuruteraan yang aku ambil.. nilainya sebanyak itu,tapi berbeza untuk lain2 universiti…itu pown kalau x silap aku lah.. Macam adik aku… dier blajar kat UTP(U. teknologi petronas),pinjaman untuk kejuruteraan selama 5 tahun (termasuk 1 tahun matrikulasi kat sana) sebanyak RM100,000.00….. wow.. banyak tu hehehe tapi takper arr dier yang bayar…. Kalau nak dibandingkan ngan aku nyer jurusan, yang diambil selama 4 tahun RM28,000.00 x 3= RM84,000.00, ini bermakna…. 3org yg mengambil kejuruteraan dekat aku nyer university menyamai (malahan kurang) nilainya dengan kos seorang graduan di UTP… mewah bukan? Patut arr aku tengok adik aku enjoy jer… beli laptop baru… motor baru…. Tapi aku tak kisah sangat,duit dier.. Malam tadi aku saja arr sembang2 ngan aku nyer parent,(sbb nak buka sket minda diorang) aku Tanya kat diorang… kalau takder pinjaman macam PTPTN ngan Petronas… agak2nya boleh tak aku g university? Bapak aku jawab…. “boleh… tapi kena jual @ sewakan tanah sawah padi tu…”.. biler aku dengar ayat tu, aku dah terpikir… beruntunglah aku rupanya, sebab ader pinjaman, kalau takder pinjaman?? Aku nak g blajar pakai duit aper? Segan arr aku nak pakai duit bapak aku.. Aku mula membayangkan… cam ner arr nasib insan2 yg tiada harta untuk “dipajakkan” bagi memenuhi pembiayaan di university sekiranya mereka tidak mendapat pinjaman???? Aku dengan ini secara rasminya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PTPTN yg telah memberi pinjaman kepada aku untuk melanjutkan pelajaran di university.. kalau tak daripada jasa diorang,.. tak tau arr aku nak blajar pakai duit aper…. Walaupown bapak aku sanggup nak sewakan tanah sawahnya… tapi kadang2 pown aku terpikir gak.. dari mana agaknya sumber duit PTPTN ni diperoleh?? Yer ar.. bayangkan… saban tahun,ada sahaja pelajar yg melanjutkan pelajaran di university, besar juga modal PTPTN untuk member pinjaman, dari mana agaknya duit itu didapati?? Secara halal @ haram?? Tetapi aku berfikiran positif @ bersangka baik,dengan beranggapan ianya diperoleh dari sumber yg halal… supaya para graduan yg dihasilkan betul2 berkualiti.. insya allah… Kepada adik2 yang baru masuk U…. gunakan segala duit pinjaman untuk keperluan,kalau nak enjoy sikit2 tu boleh… tapi jangan sampai keterlaluan pulak…aku paham, aku pown pernah jadi student gak.. Anyway ,sekali lagi aku ucapkan terima kasih dengan pihak PTPTN kerana member pinjaman… dan aku berharap mereka akan bekerja dengan lebih efisyen dengan menemui @ turun padang berjumpa sendiri dengan para pelajar… bertanya sendiri tentang masalah yg masih dihadapi mengenai PTPTN… sekian.. wassalam

Thursday, July 9, 2009

jalan2 kangar

sepanjang aku amik kuratif kat aku nyer universiti, banyak benda2 pelik yang aku ngan member2 aku lakukan.....hehehe... antaranya ialah "sesi mengambil gambar"
"0" kilometer kat kangar, perlis...
lepas g ambik gambar kat kangar,kitorang g gua SAMI ...panjat bukit curam
tak dapat g melancong,.... g signbord pown jadi arr.... hehhehee
"hanoi,jakarta,bangkok,manila,singapura,mekah..."
pahlawan moden,pakai keris besar... hahhaha

Saturday, June 6, 2009

minggu org kawen...

sepanjang 2 minggu ini banyaklah undangan untuk menghadiri kenduri kawen..... almaklumlah... cuti sekolah.. memang dah jadi trend org melayu,pantang ader cuti panjang sket je nak buat kenduri kawen..

bukannya aper,.... ader kelebihan gak,kalau buat time  cuti sekolah, maka ramailah saudara mara yg datang kenduri...senang nak jemput.... masing2 free time cuti sekolah...
ader gak member2 aku yg dah start bertunang, dan ader dah yg start kawen..
yg kawen tu budak pompuan arr... yg bertunang tu budak laki... kalau pompuan kawen awal xper,laki x boleh.... sebab nak bagi makan anak bini bukannya senang... atleast 4 tahun kerja baru kawen....
sepanjang cuti sekolah ni jugaklah banyak budak2 berkhatan.... teringat aku maser kecik2 dulu.. cuak gak arr nak berkhatan.... budak lah katakan... aper yg aku tau maser tu.
but anyway.... selamat berbahgia kepada semua mmber2 yg sudah @ tengah kawen, aku ucapkan selamat pengantin baru, nnti kalau aku nak kawen aku jemput korang....
insya allah aku x luper....
hehhehhe